Thursday, December 24, 2009

Perkembangan Selepas Zaman Rasulullah.....Falak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah..... diberi peluang untuk post something untuk dikongsi dgn rakan2 blogger mlm ni. insyaAllah....
eemmmm...... agak lama juga saya tidak post something related ngan bidang falak kat blog ni. dok melalut citer pasal peribadi jer..hehehe
orait....almaklum....ramai dah tahu saya sekarang masih dalam mood ber'hibernasi'...hehehe masih menunggu langkah pertama ke opis sebagai pekerja. So, setakat ni masih belum bekerja. sebenarnya ada tawaran kerja...hehehe terpaksa tolak... xmampu (xder kekuatan untuk menerimanya). sebagai warden asrama.yop...bukan sebarang warden asrama tau...huhu tapi sebagai thinktanker untuk proses pentarbiyahan asrama sekolah tersebut..errkkk...kecut perut plak. Kira kena rancang something untuk proses pentarbiyahan adik2 terutama adik2 tingkatan 1 yg bakal masuk.... perrghhhh beratnyer. sebenarnya ada juga minatnyer...sebab dah biasa deal ngan student..cumer agak gentar tatkala kerja itu dipikul 100% sendirian.bukan seperti biasa dalam team.huhu
--------------------------------------------
selongkar dan bongkar
so, dalam dok kekosongan ni, saya byk spend masa kat bilik hujung kat rumah ni sambil ngadap komputer n buku2 kat bilik ni. bilik saya la tu. erkkkk....sebenarnye bilik saya ni dulunyer stor buku arwah ayah saya. cumer bila saya renovate n tambah katil, so di isytihar ni bilik saya.hehehe maklumlah...xcukup bilik. rumah dah besar tapi ahli kuarganya makin besar.hehehe
ok....dalam 2 3 hari ni, saya tgh susun balik n selongkar balik buku2 n fail2 arwah ayah saya. sebenarnyer, lepas arwah ayah saya meninggal, xder yg berkesempatan mengadap buku2 ni 100%. i mean nak susun n klasifikasikan ikut bidangnya. anak ke-9 ni gak la yg kena.huhuh....
actually, masa EIT lepas, saya dok kat rumah, so masa tu saya dah collect sumer buku2 falak arwah ayah untuk ditempatkan kat satu tempat untuk senang nak tgk...tapi masa tak mengizinkan masa tuuu...untuk susun leklok. So, masa ni lah saya try kemaskan buku2 ni.hehehe
orait...panjang plak muqaddimahnyer....
Koleksi Kertas Kerja Falak
InsyaAllah, untuk perkongsian ngan sumer, mulai malam ni, saya akan cuba berkongsi tentang koleksi kertas kerja falak yg arwah ayah saya kumpul. One by one la ek. post by post. so untuk post 1st pasal ni saya nak bercerita sikit pasal kertas kerja dalam gambar kat bawah ni.


Tajuk : Perkembangan Ilmu Falak Syarie Selepas Zaman Rasulullah
Oleh : Mohd Khair B Hj Mohd Taib (KMN.AMK)
Program : Seminar Pengajian Falak
Anjuran : Fakulti Pengajian Islam UKM & Persatuan Ulama M'sia.
Tarikh : 26 - 28 R' Awwal 1402 / 22 -24 Januari 1982
Tempat : Kampus Induk UKM Bangi

Introduksi


ok, untuk kawan2 yg xtau, arwah Tn.Hj Khair ni salah seorang ulama falak kat M'sia yg amat besar sumbangannya. kawan2 bleh baca kat sini untuk kenal lenih detail pasal arwah. Arwah ayah saya rapat dgn arwah Tn. Hj Khair. tok guru arwah my dady...hehehe
awwalannyer, penulis membicarakan tentang kaitan bidang astronomi dalam kehidupan seharian makhluk kat muka bumi ni. a litle bit tentang perbezaan astrologi dan astonomi dan sedikit sebyk tentang kepercayaan manusia purba tentag ramalan kecelakaan dan kebahagian sehingga kedatangan Islam.
Pastu penulis senaraikan nama ahli2 Falak Islam i.e al-Battani (Muhammad ibn Jabir ibn Sannan), al-khawarizmi, al-burjani etc. salah sorang tu ada nama al-Razi.....(emmm abe luk, abi ambik sini kot inspirasi tuk nama abe luk.hehehe Fakrul al-Razi)
dibawah subtopik Tarikh Perkembangan Falak, penulis menceritakan perihal minat org2 arab purba tentang ilmu bintang. betapa minatnyer org arab purba kat ilmu bintang sehingga derang dapat ramal kejadian2 yg bakal berlaku......
bawah subtopik ni, penulis byk menerangkan pasal Manzilah Qamar... apa tu??..... huhuh manzilah Qamar ni dikatakan sebagai bintang2 yg timbul bersama dgn bulan.apa yg saya faham, maksudnyer bentuk2 buruj yg muncul semasa kewujudan bulan. ada 28 manzilah. sama lah dgn jumlah 28 hari dalam pusingan ijtimak (newmoon)....dgn manzilah qamar ni derang bleh tahu peredaran angin, perubahan musim etc...org 1st yg jumpa Manzilah Qamr ni dari Bani Haritaht ibn Kalb dan dari bani Dharrah ibn Hamman ibn Shayban. kepada geng2 bio....sila bersabar dg post ni....mungkin agak berat untuk korang dgn istilah2 falak.hehehe
Pastu penulis menghadirkan nas2 dari al-Quran untuk huraian kepada subtopik Al-Quran & Falak antaranya ayat 5 & 6 dari surah Yunus. lepas tu mcm biasa...sedikit huraian kaitannya dgn ibadat kita.... i.e penentuan arah qiblat, menentukan solat sunat gerhana, Hilal etc.
ayat last subtopik ni :
"Ilmu Falak itu adalah satu anugerah Tuhan kepada orang2 Islam
untuk dipelajari sedalam-dalamnya"
seterusnya, penulis menghuraikan perkembangan ilmu falak pada zaman Khalifah. saya rasa, untuk huraian subtopik ni, saya perlu citer dalam post yg lain sebab terlalu panjang.hehehe insyaAllah next post.hehe cumer saya nak kongsi perenggan ni dulu :
Pada awal pemerintahan abbasiyyah, pemimpin2 Islam masa itu telah mengolah 3 konsep ilmu pengetahuan sedunia :~
  • Pertama : Ilmu Feqah untuk amalan agama
  • Kedua : Ilmu perubatan/ Kodeoktoran untuk tubuh badan
  • Ketiga : Ilmu Bintang untuk semua MASA.
Under subtopik Gerakan Angkasa.... penulis catatkan fokusnyer kepada 3 perkara yg perlu diketahui iaitu, hal ehwal bintang & planet, hal ehwal bumi, dan lastly hal ehwal matahari.
so, dalam 3 muka surat, penulis menghuraikan sedikit sebnyak tentang konsep bintang&planet, bumi and matahari....
subtopik setrusnyer ialah Kemajuan Falak di Eropah..... so, dari sini saya tahu, kemajuan n perkembangan astronomi moden startney pada abad ke 17. ada 6 faktor yg dinyatakan oleh penulis tentang faktor perkembangan astronomi moden di eropah. salah satunya ialah, penglibatan pihak pemerintah dalam persatuan-persatuan Astronomi ini, dgn memberi bantuan tenaga dan kewangan yg secukupnya kpd saintis falak di dalam semua isu falak. huhuuh M'sia apa citer???? IYA2009 dah tinggal 4@5 malam jer lagi.....huhuuh (mungkinkah misi ke ISS tu ditaja oleh kementerian pelancongan dan kebudayaan???? errr...pura2 xtau.)
Ok.....penulis (arwah Tn.Hj Khair) meneruskan kertas kerjanya dgn subtopik buku2 Falak moden. so, penulis menceritakan sedikit tentang buku karangan newton & Brown..... (errrkkkk mcm pernah dgr...subjek apa ek belajar pakai buku newton&brown....)
emmmm....teori nweton dimuatkan dalam buku bertajuk Table of The Moon manakala teori Brown dalam buku Table of the Sun.beberapa judul buku falak moden turut disenaraikan dibawah subtopik ni.
seterusnya.... Kitab Falak Islam dalam Zaman moden. mostly kitab2 yg dinyatakan adalah dikarang di dalam bahasa arab.....(huhuhu kena belajar balik lughot nihhhh...).
Ok, antara judul yg disenaraikan ialah kitab Manahij al-Hamidiyah oleh Abd al-Hamid Marsi Ghayth Makkah..... errr....saya ada terjumpa buku ni dalam almari dady saya....huhuhu dah usang. harap2 diberi ruang waktu oleh Allah untuk memahaminya. bolehla paham sket2.huhuhu
Pastu, arwah Tn.hj Khair menerangkan tentang Ahli2 Falak Melayu dan Perkembangan Falak di Malaysia. (saya rasa benda ni pun dah diulang berpuluh kali dalam pelbagai konvensyen falak.hehehe)
errr..... next time la ek saya hurai.hehehehe
part last, arwah Tn.Hj Khair mengkisahkan hal pengalaman hidupnya dalam bidang falak dgn tajuk Pengalaman Saya dalam Ilmu Falak. mmmm....
Arwah citer tentang kaedah/proses yg perlu dilalui dalam mempelajari ilmu falak ni iaitu 2 method. 1st, secara fizik dan 2nd secara amali.
Arwah belajar falak pula dalam 4 zaman...huhuu
  • zaman 1 : zaman menggunakan rubu mujayyab.....(bila laaaa nak gi menuntut lg ni.huhuh)
  • zaman 2 : zaman menggunakan kaedah hisab.
  • zaman 3 : Zaman menggunakan kaedah angka logarithma
  • zaman 4 : Zaman menggunakan kaedah saintifik mesin.(calculator)
huhuhhu kalau kita, start ngan kaedah kalkulaor dulu.....tu yang susah nak belajar rubu' tu.....huuhuuuu dah berkali join still xpaham....aduyaiiiii
so, penulis menceritakan pengalaman hidupnya dari zaman ke zaman.
penutup kertas kerja ni Tn.Hj Khair melontarkan keyakinannya kepada perkembangan ilmu falak di Malaysia.mmmm.....dah 20 tahun arwah pergi.... bibit2 kebangkitan ilmu falak di M'sia dah semakin terasa. insyaAllah...... dalam masa terdekat....amin.
sebenarnya, perenggan terakhir arwah ingin menyatakan syor@ cadangan arwah untuk mempercepatkan perkembangan falak di M'sia....tapi xder la plak. tergantung ayatnya. arwah tulis...... syor-syor saya adalah seperti berikut :......
emmm....pastu dah takder helaian dah....siap arwah ayah saya tulis tanda "?" lagi...huhuhuh
ok....so, dah panjang dah post ni.insyaAllah jumpa lagi.

Monday, December 21, 2009

all for you....

hehehe kisah sem lepas lagi..... actually sem lepas, lepas my computer terformat tu.... kebosanan yg luar biasa telah melanda bilik b2.9 sidiq.huhuhuh ye laaaa.....bilik usrah... dok berdua. tapi yg ke-2 tu....(rumate buncitku) asyik balik jerrr.....oppppsss......xper.biasalah...dah ada bini.hahahahah
so, nak menghilangkan kebosanan tu, saya telah pun meround2 mahalah brothers.... of cos bilik 1st gi ialah bilik kat block D.hahaha fuad.sebab blok dia kat level 1.heheheh xyah masuk bilik.wat mesyuarat tingkap jer....hahaha tapi.... fuad byk movie jer.... software xder.
nak dapatkan software....saya pun menghala ke mahalah bilal...bilik jamel...kehekhehe dah ambik software...demand la plak...nak lagu2 sket.so, dia bagi jer koleksi nasyid yg dia ada.
dah dgr album yg dia bagi tu....perghhhhh best yg amat. tenang n rasa bersemangat bila dgr. saya ckap kat dia balik.tqvm for d album...hahaha dia pun xpernah dgr rupanya.... kolek2 jer..hahaha
antara album yg best saya ambik tu album kumpulan NOOR..... entah dari negara mana entah...xnak ambik tau. yag nak ambik tau ialah lirik lagunyer jer....best umtuk dihayati.... ok...enjoy lahhhh ek....
NOOR :: All For You


My prayers, my breath, my life and my death are all for you
None but you, only you, ya Allah

Every second I live, every penny I give
Is just for you
Every breathe I breath, every trace I leave
Is just for you

In all my fears, in all my tears
I'm callin' you
In all my shame, in all my pain
I'm callin' you

Through the night I pray, and I'm seeking your way
And it's just for you
When I shed a tear, I know you're near
And it's just for you

Hayaty wa mawty wa ruhy wa dammi ilayka ya Rabi
Anabtu ilayk laja'tu ilayk, ya Allah

My life and my death, my soul and my blood
They're all for you my Lord
I turn to You, I submit to You, my Lord

[ www.thenasheedlyrics.com ]



kalau nak tgk video dia... tgk kat sini ek.....selamat berhibur....

Sunday, December 20, 2009

Tentangnya.....

Assalamualaikum

papan kekunci hitam ni ditekan tekan dgn senyuman yg menguntum.....berbunga2...heheheh. alhamdulillah..... rasanya malam ni saya akan tunaikan janji untuk post something tentang Final Year Project saya. Alhamdulillah...bersyukur sgt.....gembira dan rasa terubat segala pahit lelah sepanjang beberapa bulan dok dalam Lab. baru jer tau result FYP sebenarnyer. syukur... walaupun xcemerlang, kira oklahhhh.....xper.hehehe
alkisahnya.....
Awal sem lepas, saya mulakan sem baru, hari pertama dgn pelbagai kekalutan. kesana ke mari mencari lecterer. di pagi hari, terus kalut mencari dr. Ibrahim Norbatcha....heheh maklumlah.... paham2 jelah... jumpa academic advisor first. Citer kat dia result sem lepas kepada sem lepas.(sem 2 08/09). lepas jer jumpa dia n setle bab add subjek...sy masih ingat, sy terus mencari prof ismail untuk discuss pasal FYP.huhuhu tapi xjumpa.... keciwa. apa lagi, langkah disusun ke bilik bro razif, En. enginer "kegemaran" fixa.hahaha (xtaula ko masih bengang ngan dia @ x.hahah )so, xder lain, saya tanya pasal chemical saya jerrrr. dah sampai ke belum.....huhuhu jawapannya...XSAMPAI lagi daaaaa.... keciwa, sebab brg2 tu saya dah order masa dok EIT lagi. sekitar bulan Mei. saya gi tanya tu awal Julai. haiiiyaaaa... dah follow up setiap minggu dah tuuuuu......huhuhu
Keesokannya.... terus gi jumpa prof. alhamdulillah ada. Discus punya discus......prof dgn semangatnya ajak saya. jom kita gi tgk bioreactor kat lab bioprocess. huhu so, bila ke lab bioproces tu, prof kata...ok, u can choose any one biorector u want to use laaaaaa....huhuhuuhh masa tu bro.H pun ada. bro.H kata xkisah, sem ni xramai FYP student. xberebut punya.
Esoknya lagi.... ke lab bioprocess lagi. (menyibuk jer kejerrr...hahaha) nak tanya pasal chemical kat bro aslan sebenarnya.... terserempak ngan bro.H n Dr M kat lab tu.....huhuhu, saya pun tanya bro.H, nak guna biorektor mana...huhuh so, bila discus punya discus tu..... satu keputusan diambil, saya kena guna biorektor peninggalan Fuad kat lab animal tu and perlu bawa turun kat level 2. sebenarnya kat sini ada misunderstanding ni...(ada drama sket....hanya mereka yg tertentu jer yg tahu....huhu) what ever laaa..... ok, fine.... level 2. so, very d sori tu dr.M, Bro.H n Dr.R jika ada terguris hati dgn keterujaanku untuk run experiment...heheheheh

bioreactor bertuah!!!

Shopping kat store
memandangkan chemical2 yg diorder xkunjung tiba, so, sy pun tanya bro. Aslan, bila bleh ambik chemical yg sedia ada kat stor tu...hehehe dia pun terus bagi kunci kat saya...nah, awak gi ambik la chemical tu kat dalam store ek...hehehe apa lagi...memandangkan gi sorang2.... bukan main seronok lagi memilih glasware n chemical2 kat store tu.... bab kata epul... gi shooping kat store tuu...hehehehe
alhamdulillah... run saya bermula minggu ke-3 sem lepas. kira amat awal la tu....hehehe tapi....resultnya agak mendukacita...production amat low. 0.4% jer. guna biorektor tu... AB n Wani dapat 3.0% lebih tu...haiyaaaaa.... contam ker!!! so, pelbagai run saya wat. hasilnya tetap tuuuu jugak... comfirm xcontam. muktamad. ada something yg xkena ni.... so, discus punya discus.... ngan prof n dr.parveen, so, kita dapat agak masalahnyer...iaitu kat bacteria yg digunakan... dari awal sem hingga ke seminggu b4 raya aidiladha.... dah 4 run bioreactor saya wat.satu run ambik masa 10@7 hari fermentation process...amat letih.sebab setiap malam gi lab. memang xmis.hhuhuhuhu
Masih ingat, lepas jer buka puasa, solat magrib terus gi lab...tinggalkan roomate bertuah ku....hehehe sian kat ayip.sori yip. so, memang kalau saya run jer, comfirm teraweh start kul 10 mlm. kadang2 sempat la beriman ngan tok imam kat masjid SHAH tu....tapi kadang2.... terus solat sorang2 kat bilik.huhuhu
Ujian....
dah byk bende berlaku....siap ajiz suruh gi mandi bunga lagi. Mintak jauh benda xelok.huhuhuh dugaan terbesar masa wat FYP ni ialah benda ni...benda ni......mesin C.
ya.....Mesin C. subhanAllah.Allahuakbar. peristiwa yg betul bagi pengajaran dalam hidup saya. mungkin org lain xrasa kot. tapi bagi say ia amat memberi pengajaran kepada saya. alkisahnya...pagi sabtu tersebut... saya bangun pagi dgn bersemangat untuk run ke-3 masa tu. terus meninggalkan fathi yg tumpang tido kat bilik saya.hehehe sori fathi.xterlayan.
ok, bila saya dah kat lab tu, mcm biasa, b4 analysis, kenalah guna mesin C ni dulu. dah run mesin C kali pertama tu, ok lagi. so, saya bukak n replace dgn tube baru untuk run kali ke-2. dah tekan start button tuuu.. saya melangkah ke sink dalam 3 langkah ke depan.... sekali bunyi bising.... saya paling belakang tgk, mesin ni dah menari2 dah...bergoyang-bergoyang mcm shin chan... apa lagi, terus saya lari n peluk mesin c tu... xnak bagi jatuh. terus tutup plak dia. DIAM.....HENING...... bila bukak...masyaAllah... xhenti2 saya istighfar.... sampai terduduk sorang2 kat lab tu.... lama gak termenung..... duduk atas lantai tu sambil menangis ketakutan....
frankly, takut giler. naper jadi mcm ni. dah ikut sumer procedur sumer dah....haiyyaaa.... sekali ada org masuk lab. kakak Phd masuk... saya terus mengadu kat dia...dia kata report jer lah kat technicion. lepas tu... saya stop sumer kerja.Terbengkalai !!! (masa ni, fathi sampai lab, nak serah kunci, saya dgn sedaya upaya cuba control xnak fathi tau walupun muka dah pucat biru....huuhuh langsung xdapat senyum kat fathi.sori sgt2 fathi.dia blah camtu jerr pastu....)
Jus belimbing terus d simpan dalam freezer.... haiyooo....balik bilik.mandi n termenung sorang2 atas katil. memang jadi dungu giler.... sekali tetiba datang semangat....mungkin kekuatan dari istighfar tu kot. saya kata adalam hati kat diri sendiri....
"nasir, by hok by crok, ko kena run jugak.xleh delay.kalu delay run esok, dah xsempat. dah nak raya dah.....kalu bukan ko, sapo lagi nak run tuk ko."
so, saya solat zuhur n terus kembali ke lab. cuba tak memandang mesin tersebut.... alahai.... xtenang sgt2. tapi saya setup gak bioreaktor.... dah run... apa lagi, balik n terus tido...huhuhuhuhuh
keesokkannya, terus gi cerita kat bro.razif enginer. dgn muka sposennyer saya citer segala hal...huhuhuh kuta gak dikenakan oleh beliau... haiyaaa..... tapi jawapan bro hafizul n bro razif agak menenangkan jantungku.... RM 30 000 tuuuuuu...nak ganti????? gulp....
satu benda yg menjadi inspirasi dalam hati sampai saat ni bagaimana saya himpun semangat untuk kembali ke lab tu.... perrgghhhhh amat bermakna.hehehehe ok, tutup kisah mesin tuuuu.....
give Up!!!!
dah pelbagai benda saya wat....production still low.... sedih yg amat. minggu depan nyer dah nak raya. saya gi jumpa dr.parveen, discuss result run2 sebelumnyer. dia pun keciwa ngan result tu...dia tanya, so, when u want go back to ur hometown. kawan2 lain dah balik dah.cuti midsem n raya pose dah start. saya jawab, owh... a day b4 raya. dia tanya, why? saya cakap saya nak run 1 lagi run.
so, minggu tu amat sunyi kat uia. tambah lagi kat lab tu..... perghhhh saya run 15 run serentak dalam shake flask. perghhh...analysis sajer makan masa 4 jam untuk settle. pedih2. satu malam tu, saya wat analysis sampai kul 3pagi...huhuh sekali kena sergah kat pak gad...hehehe selamat ok jer.....huhuh
Lusa dah nak raya.... alhamdulillah 15 run tu ada hasil positif. so, saya bawala result tu gi jumpa dr parven untuk discuss...... heheh beratur tu...student2 master dia sumer dok tunjuk result gak. so, saya org last.... ok dm kata ok result tu. at least show something.but production stil low. dia kata never mind, we wait for acetobactor from MARDI after raya. Actually, derang dah janji ngan saya nak bagi bacteria tu lepas raya.huhuhuh kata2 terakhir mdm yg membuatkan saya sebak n nak nagis masa tu,"i know, u work very hard for your project. now, u go back to ur hometown n reles tension. dont think about your project. continue after raya" sambil senyum dgn wajah keibuannya tu....perghhhh sebak yg amat masa tu.... tq madam.
Lepas raya.....

MARDI call kata xdapat supply bacteria sebab derang punya pun bermasalah. tambah keciwa.huhuhu so, saya tekad, saya start ngan new design, start balik ngan run 1. guna 3 bioreaktor serentak.perghhhhh letih letih letih letih yg amt sgt.
sekali, salah satu bioreaktor tu terpadam. xder power supply. haiiiyyooooo....memang ngamuk laaaa.... sebab ada IP betulkan aircond kat lab sebelah....apa lagi run balik laaaa... huhuhhu
Terformat....
dugaan lagi...masa tu dah settle dah sumer run. Alhamdulillah.... dapat settle sumer ontime.syukur sgt2. sekali, Allah uji lagi.... huhuhu computer terformat keseluruhan. huhhuuh habis segala data2 penting. result2 experiment. jurnal2 penting untuk reference...huhuhuhu masa dok belek2 komputer tu.... sekali bonda tepom.... memaag tak tahan sgt2 sebak....termenangis kat bonda..... sebak campur baur. bonda sya pun menangis sekali.huhuhu ooopppppsssss....tersedar. bahaya. umi akan risau. So, anak jantannya kembali jantan.hahahaha control..... kata ok.everything ok. lepas jer umi letak henset. saya guling2 atas lantai. meraung2 n gelak2. separuh giler..huhuhuhu
sekali tertgk dalam buku report... alhamdulillah, ada simpan sumer result bentuk hadrcopy. syukur sgt2. lega.... cumer result yg b4 raya sumer hilang laaaaa..... aiyaaaaa... tak per ada hikmah.
perghh... panjang nyer post kali ni...hehehehe
ok dipendekkan....segalanyer dah selesai. result yg kuar tadi membongkar hikmah yg ditunggu selama ini. alhamdulillah....
Dikesempatan ni nak ucap berbanyak2 terima kasih kat epul n muslim sebab derang dua ni la dok layan n jadi tempat luahan perasaan saya sepanjang dok wat fyp ni. tq byk2. sem lepas memang xramai yang dok kat lab. kalau yg stay sampai malam, yg selalu saya jumpa hanya najla , radiah, syadab n muslim jer. yg lain sumer wat pagi kot.huhuhu
Tq byk2 kat sumer kawan2 yg selalu bagi semangat kat saya. fiza yg sanggup hidu bau sampah dalam lab tu sambil mengenali si bari2. hahaha n sumer kawan2 yg selalu dok meseg n bagi shout kat blog ni. tq byk2.(sori xmention nama)
p.s : alhamdulillah...insyaAllah projek ni masuk KERIE2010 bulan satu ni.prof dah hantar penyertaan.

my poster

10 FYP students yg xkena extend. alhamdulillah. all d best kepada 6 lagi

epul n muslim...... saya masa prezen kat examiner

sampah yg penuh ngan bari2....
(setiap malam saya kena bersihkan lab...apa daa itu punya technicion)



dalam kenangan

Friday, December 18, 2009

renjis2 pengantin baru.....ngan air hujan

Assalamualikum....
Alhamdulillah...malam ni diberi ruang waktu untuk post something kat blog ni. InsyaAllah, sebelum post demi post yg akan dipostkan kat blog buruk ni...hahaha saya mulakan post tentang majlis kahwen yg berlangsung kat rumah saya last two wek.huhuhu alhamdulillah, akhirnya my sis, khalilah ab rahaman telah dipertemukan Allah dgn jodohnya bro.mohd syukor. org Nenasi, pahang.heheheh jauh tu....kehkhehehke
Frankly, amat letih majlis kawen kali ni.huhuhu sebab combo ngan hari raya aidiladha 2 hari b4 majlis..haiyaaaaa...letih maaaa...main itu lembu.next year saya mau sembelih itu lembu nama jacob black...hahahaha mati lu jake. miiihahahahaha untuk majlis kawen kakak sorang lagi...hehehe amin....

saya balik rumah agak lambat.sampai pagi raya. sebab siapkan FYP report...perghhh...memang letih.xtido 2 minggu siapkan report.(bukan xtido, tido....tapi xcukup 12jam sehari.sooo....dikira xtido laaaa hahahahahaha)

xnak citer sgt pasal sambutan raya kali ni.macam biasa.ok saja.best ala ala biasa sahaja.cumer xbyk berjalan sebab sumer fokus kepada persiapan majlis kawen.hehehe

ok, alhamdulillah majlis akad nikah selamat dijalankan di masjid besar machang, kelantan pada malam hari ahad 29hb november 2009. keesokkannya 30.11.09 majlis kendurinya. majlis berjalan lancar dgn rintikan sang hujan membasahi bumi....huhuhu hujan daaaa...xbrenti...berenti pun kejap kejap saja. so, hujan ni telah membuatkan mak ciks2 a.k.a kawan2 nek jah (bak kata nabila) kehekhekhkeke kawan umi saya menyerbu baitul habib kami pada waktu petang.haiiiyoooo......
opppsssss.......lupa, majlis kali ni sebenarnya combine 3 majlis serentak....first majlis kawen kak Lah saya, pastu majlis sambut menantu abg luk saya n majlis akikah anak2 sedara saya.....

my family.....red warriors...hahahah

newlyweds..... abe luk & kak diana .... abe syukur & kak Lah....



anak2 sedaraku.... anuar, nabila n batrisya. (mama...abg korek idung...hahaha)

Makan oooooo makan......

ok, something berbeza masa majlis ni ialah majlis makan beradab...jeng jeng....hahahah..... hasil kretiviti bros.... adik badik ku, kami wat meja makan sendiri.simple tapi nampak unik n tersendiri.ceeewah... (walaupun ada drama) kehkehkehkhe kami dera pengantin untuk makan bersimpuh.hahahaha

ramai gak mak cik mak cik tanya, tempah kat mana meja tu? sewa kat mana? hahaha nilah meja tu.....

jeng jeng...meja makan beradab ala jepun tapi berkonsep ala arab...(ceh koya betul)

kat bawah ni makanan2 yg ditaja oleh cik kuza catering...kehkhehkeh mama nua, bukak bisnes baru la plak.hahahaha credit to kak ngah jugak untuk hiasan...hehehe


ok, ni plak kretiviti kak tun saya..... hantaran pengantin.




so....alhamdulillah....majlis ni berjalan dgn lancar...dgn bantuan uncle2 n auntie2 dr kampung sebelah.... tq abah n umie (mejar fuad), pok dik n cik yah n d gang.

As a matter of fact, we realize an important think.... kami memang xramai sedara mara. kebelakang rumah, kedepan rumah, kedapur, ke atas....jumpa yg tu jerr.... adik beradik kitaorang sendiri. semoga Allah permudahkan segala urusan kami adik badik.

kami xramai sanak saudara... diulangi tak ramai sedara yg rapat. Tapi kalau time "manusia" susahkan...perghhhhh MANIS BAGAI HEMPEDU mulut derang. mulalah ngaku sedara. sepupu sepapan la....errmmmm tetiba plak jadi ramai sedara....

kami ingat!!!! n kami xkan lupa. perit n susah senang kami....tiada siapa yg tahu. so, kalau pasni aku jadi YB kat kampung aku, jgn sibuk2 nak interprem ek... maklumlah....belum pepe lagi, ada jer manusia yg asyik dok guna nama adik badik kami n terutama dok guna nama arwah dady kami dalam segala hal kehidupan derang..... tapi tak pernahnyer datang membantu kami time susah..... ingat ingat ingat.... erkkkk naper terEMO plak ni. hahahahaha

ok, pepe pun semoga kak lah n abe syukur serta abe lu n kak diana bahagia keakhir hayat....

ps : "mama....mama....lawa kan bilik pengantin ayoh cer wat"

khairul anuar

(my part....bilik pengantin n kad kawen) hehehe

Monday, November 9, 2009

Seputih Chromolaena Odorata...sebuah penantian

Assalamualaikum...

alhamdulillah...masih terus diberi peluang menikmati nikmat kemanisan iman dan Islam.

Persijilan falak modul 3

Hari sabtu lepas, akhirnya saya telah tamat level 3 kelas persijilan Falak kat KUIS. InsyaAllah next week final exam. secara ringkasnya, modul 3 ni merangkumi topik menentukan awal bulan hijri menggunakan pelbagai kaedah i.e software, epoks, kaedah almanak etc. alhamdulillah saya paham dan mampu catch-up apa yg dipelajari. Terima kasih byk ust.

Minggu Exam

Sekarang saya sedang berhadapan dgn final exam untuk 7 paper.termasuk Final year project II lah. setakat ni dah 3 paper dah lepas.ada lagi 3 paper n 1 FYP pezen.insyaAllah, selagi Allah bagi kekuatan untuk meneruskan hidup...selagi itu saya akan berusaha untuk mencapai impian saya dan menggembirakan hati umi and my beloved bros n sis. InsyaAllah

Frankly, amat2 keletihan sem ni. harapnya segala penat lelah ni Allah terima sebagai salah satu ibadah. Dari minggu pertama menjejakkan kaki ke UIA sem ni, makmal level 2 kat E5 Kuliyyah Engin tu dah jadi bilik no 2 dah.hehehe xper...nanti citer pasal FYP tu....saya citer di post past ni.penat dan lelah, tangis dan tawa....pelbagai rencah.hahaha

Chromolaena Odorata...sebuah penantian

apa tu????? huhuh tajuk novel ker? hehehe sabor jap.

nun jauh di balik gunung tahan....segala rakyat jelata di pantai timur sedang menghadapi ujian dariNya.musim bah as known as musim tengkujuh mula melanda bumi pantai timur. Byk gak aktiviti tergendala.....mokcik2 dan pokcik penoreh getah comfirm xgi menoreh daaaaahhhh... byk gak yg kehilangan harta benda sebab banjir.


mangsa banjir di kelantan.kesiannya.moga dipermudahkan segala urusan.....

hehehe yg pasti....kalu make ubi @ pulut meme sedap mmmbeeee nah (sedap nian) masa ni.

oklah....sebenarnya bila musim hujan ni, salah satu kenangan yg tak mungkin dilupakan ialah sewaktu saya bersama dgn arwah ayah saya.hhuhhhuuu sebok plak.hehehehe citernya berkaitan Chromolaena Odorata la..... C.Odorata ni nama scientifik untuk pokok kapal terbang. pokok kapal terbang ni ada org panggil sebagai pokok jepun atau pokok jerman atau pokok siam.

pokok kapal terbang


bunganya yang memutih

Alkisahnya, sewaktu perang dunia ke-2 dulu, benih2 pokok ni dibawa dari Amerika tengah/selatan ke Tanah Melayu. Benihnya ditabur dgn kapal terbang untuk digunakan sebagai ubat kepada tentera2 Amerika.hehehe so, dari situlah org M'sia panggilnya pokok kapal terbang. Sebenarnya, saya ada wat kajian Bioassay Study for Chromolaena Odorata masa ambik subjek Cell & Plant tissue ngan dr Azura dulu. Memang berpotensi tinggi untuk process menghentikan pendarahan tapi dalam masa sama ia juga beracun.

Orait.... masa tu saya ngan ayoh saya baru balik dari Bukit Baka.Kg arwah nenek belah umi. masa tu musim hujan...tapi dah makin dekat ngan penghujung dah...ayah saya pun citer, kalu org tua2 dulu, diaorg tgk pokok kapal terbang ni lah kalau musim hujan. kalaulah pokok ni mula berbunga putih dgn byknya...itu tandanya 2 3 hari lagi akan mula pecah panas kalu oghe kelate panggil. maksudnya sinar mentari bakal muncul dibalik gumpalan awan komolunimbus tu...hehehe

secara tak langsung kita tahu...org tua2 dulu memang hebat. Belum lagi Measat tu naik kelangit, org tua2 dulu dah ada satelit semulajadi untuk ramalan kaji cuaca.hehehe powerkan nilai Ilmu Allah campakkan kat org2 tua2 dulu. masih terlalu byk rahsia alam yg masih belum diterokaikan...hehehe

So...baut mereka yg sedang menghadapi bah di kelantan, tgganu n pahang, byk2 bersabar. Sama2lah menanti.....bebunga Chromolaena Odorata yg memutih.....

p.s : masa kecik2 dulu, saya n bros saya, main daun ni wat bunyi letup2 kat tangan sambil bederat keliling kampung.huhuhu bestnyer masa kecik.pastu kena rotan sebab balik lambat.abe lu jadi kepala kena rotan.hahaha pastu kitaorang dah xbederat dohs.... tapi adik anih....meme hobi dia betulla bederat.kehekehkhek


Wednesday, October 21, 2009

politik dan buruj...hehehe


Disuatu sudut, dipedalaman kampung....bagan pinang. masih kecoh pasal keputusan kemenangan tok isa.

pak ali : fuyyoooo...menang besar tu.

pak abu :ek elehhhh....belagak.

pak ali : hahaha sesungguhnya tarikh 11 oktober mencatat sejarah yg tersendiri.

pak hussin : apa pak ali???? 11 oktober??

pak ali : a ahhhh...naper?

pak hussin : patotla......

pak abu : apa kepatutnya pak hussin.tak patot betul kou kata patot.

pak hussin : bulan dia..... 11 harimatahari 2009 bersamaan 20 hariburuj mizan 2009. mizan tu dacing.hikshikshiks (berlalu pergi sambil gelak terbahak-bahak)

pak ali & pak abu : @^**@£5%***^^$%"!!)*&*!!!!BLURRR.apa kehelnyer org tua ni???

p/s : abu ali hussin adalah nama penuh kawan saya di sekolah wataniah dulu.hehehe

---------------------------------------------------------

alhamdulillah, sekadar untuk menguntum senyum.

Orait.mesti ramai xpaham apa kemendenyer harimatari dan hariburuj tu.

make it simple....

HariMatahari;

penggunaan kalender harian kita ni menggunakan takwim as-syamsi iaitu sistem kalender pergerakan matahari. i mean 21 harimatahari oktober 2009 Masehi.(Tahun masehi diambil sempena kelahiran nabi Isa a.s)

HariBulan;

penggunaan takwim Islam kita berasaskan sistem peredaran bulan. so, sepatutnya kita sebut 2 haribulan zulkaedah 1430Hijrah.(Tahun Hijrah bermula sempena penghijrahan our prophet Muhammad p.b.u.h)

HariBuruj;

mmm...mesti ramai xpernah dengar. diambil sempena pergerakan sistem solar melalui buruj2 kat langit.

HOW TO CALCULATE it????

very easy!!!

::the data::

January - buruj Jadi (kambing) : 9 darjah matahari
February - buruj Dalu (timba) : 10 darjah matahari
March - buruj Hut (ikan) : 9 darjah matahari
April - buruj Hamal (kambing jantan) : 8 darjah matahari
May - buruj Thsur (lembu) : 8 darjah matahari
June - buruj Jauza' (saudara kembar) : 8 darjah matahari
July - buruj Sarathon (ketam) : 8 darjah matahari
August - buruj Asad (singa) : 8 darjah matahari
September - buruj Sunbulah (anak dara) : 9 darjah matahari
October - buruj Mizan (dacing) : 9 darjah matahari
November - buruj Akrab (kala jengking) : 9 darjah matahari
December - buruj Qaus (busur panah) : 9 darjah matahari

::Kaedahnya::

11 oktober 2009 = 11 + (darjah matahari) hariburuj Mizan 2009
= 11 + 9 hariburuj Mizan 2009
= 20 hariburuj Mizan 2009.

nota : (jumlah hari tidak boleh melebihi 30 hari.kalau lebih, tolak 30 dan hasilnya di "hariburuj"kan dgn buruj yg seterusnya).

contoh :

23 April 2009 = 23 + 8 Hamal 2009.
= 31 Hamal 2009 (lebih 30.kena tolak laaaa)
maka = 1 Thsur 2009.

senangkan.....selamat mencuba.

p/s : tapi.....org xguna pun mende alah ni.21 harimatahari oktober 2009 tetap dipanggil 21 haribulan 10 2009. hehehe

pastu, xder kaitan pun buruj2 ni ngan kemenangan tok isa kat sane tu. Sajer wat gimik. Buat yg tertewas...pakat2 muhasabah ek.tatata

Thursday, October 15, 2009

duhai...sahabat

sahabat...

aku memendam rasa...
aku bukan seorg yg mampu menelan segalanya,
kerenahmu,tingkahmu,
namun....
aku terpaksa....
kerana kau insan....
yg aku anggap sebagai sahabat.
biarpun....
diri ini ko anggap sekadar RECEPTIONIST.....